China beri 'lampu hijau' eksport buah durian Musang King

China memberi kelulusan kepada Malaysia untuk mengeksport buah durian Musang King sejuk beku ke republik itu bulan lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata eksport durian tersebut dijangka akan bermula Julai atau ogos mengikut musim durian.