China sedia jalin kerjasama dengan kerajaan baharu Malaysia

China bersedia menjalin kerjasama dengan kerajaan baharu bagi melonjakkan hubungan Beijing-Kuala Lumpur. Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata, di bawah pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, China yakin hubungan kedua-dua negara akan melakar pencapaian baharu.