China setuju ajar pegawai, profesional Malaysia - Tun Mahathir

Kerajaan China bersetuju untuk memberi latihan kepada pegawai-pegawai dan golongan profesional Malaysia bagi mempelajari pelbagai teknologi merentas industri. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang kagum dengan tahap teknologi China akui banyak yang perlu diperlajari terutama melibatkan keselamatan makanan.