Video  |  Sukan

Chong Wei terlepas gelaran juara Siri Super Akhir Dunia

Harapan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menundukkan Viktor Axelsen terkubur apabila tewas pada final Siri Super Akhir Dunia sekali gus gagal memburu gelaran kelimanya di kejohanan berprestij itu. Pada aksi selama 84 minit di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu, Chong Wei yang kini berada di kedudukan kedua dunia ditundukkan pemain muda dari Denmark itu 19-21, 21-19 dan 21-15.