Chow Kon Yeow diumum Ketua Menteri Pulau Pinang baharu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Padang Kota, Chow Kon Yeow diumumkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke -5 bagi menggantikan penyandangnya, Lim Guan Eng. Pengumuman dibuat Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di pejabat ketua menteri, di Georgetown hari ini.