Tutup

CIDB: Kerajaan sudah capai 70% penggunaan IBS

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menegaskan setakat 2015, 70 peratus projek kerajaan sudah pun menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Pada masa yang sama Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, CIDB juga memberikan latihan bagi menyediakan kepakaran untuk menggunakan dan melaksanakan IBS.