Clare Rewcastle-Brown ikuti prosiding kes Najib

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown akhirnya muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak. Wanita warga Britain itu yang berada di dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 pada kira-kira 3 petang.