Tutup

Contohi Pulau Pinang, caj beg plastik untuk pemuliharaan alam sekitar

Kerajaan-kerajaan negeri disaran mengikuti langkah kerajaan Pulau Pinang dalam mentadbir urus hasil kutipan caj beg plastik. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pulau Pinang menggunakan caj kutipan beg plastik untuk program-program kesejahteraan rakyat dan pemuliharaan alam sekitar.