'Cover Star Era' cari bakat penyanyi baru

Jenama radio nombor satu Malaysia, Era meneruskan kelainan dalam memastikan kedudukannya kekal sebagai yang paling popular. Terbaru, Cover Star Era diperkenalkan sebagai usaha mencari bakat baru bidang nyanyian dengan hanya menyanyi semula lagu Malaysia dengan gaya tersendiri.