CSGO: FrostFire sasar terbaik di Asia Tenggara

Selepas mencatatkan rekod kemenangan secara konsisten dalam kejohanan tempatan, kini pasukan Counter Strike: Global Offensive (CSGO) Malaysia, Frostfire mahu mensasarkan untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara. Kapten Frostfire Aiman Azham berkata percaturan langkah perlu diatur dengan baik untuk mencapai sasaran tersebut.