CSM siasat ketulenan video aksi intim

Dalam perkembangan berkaitan Cyber Security Malaysia (CSM) sudah menerima rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri untuk dilakukan analisis teknikal. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ts Dr Amirudin Abdul Wahab, analisis yang dilakukan agensi tersebut adalah untuk mengenalpasti ketulenan video aksi intim tersebut dengan menggunakan kaedah forensik.