Cuaca Kering Berakhir

Cuaca panas luar biasa dan situasi kering yang melanda sarawak sejak beberapa bulan lalu dijangka akan berakhir dalam dua minggu. Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak, Siniarovina Urban Sinyaw berkata, fenomena itu disebabkan perubahan tiupan angin monsun barat daya.