Cuaca panas jadi sumber rezeki penjual ais

Gua Musang antara daerah di Kelantan yang mencatatkan suhu panas ketika negara berdepan fenomena equinox. Tetapi cuaca panas ini memberi rezeki tambahan kepada pembekal ais, tentunya untuk menyejukkan badan. Tinjauan mendapati permintaan terhadap jualan mereka bertambah sekali ganda berbanding hari-hari biasa.