Cuaca panas membahang fenomena biasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) beri jaminan Malaysia tidak akan berdepan dengan cuaca melampau seperti pernah berlaku pada tahun 1998. Ketika itu suhu tertinggi dicatatkan ialah pada paras 40 darjah celsius. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geo Fizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Dr Mohd Hisham Mohd Anip menekankan cuaca panas sebagaimana dialami sekarang adalah fenomena biasa berikutan penghujung monsun timur laut.