Cuba buka pintu pesawat, lelaki NZ didenda

Gara-gara cuba membuka pintu pesawat ketika penerbangan, seorang pengurus restoran didenda RM6 ribu oleh Mahkamah Majistret Sepang hari ini. Cranwell Frazer Harry, seorang warganegara New Zealand berusia 32 tahun, boleh dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.