Tutup

Cuba pasarkan syabu bernilai RM1.5 juta, lelaki direman 6 hari

Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan reman selama enam hari selepas didapati cuba memasarkan dadah jenis syabu seberat 30 kilogram. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan memaklumkan rampasan syabu yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda itu bernilai RM1.5 juta.