Tutup

Cubaan edar lebih 500kg syabu dalam bungkusan teh cina gagal

Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas dadah jenis syabu seberat 556.2 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM27.8 juta dalam satu serbuan di Subang Jaya, Jumaat lalu. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata dalam serbuan pada kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Mewah, Subang Jaya, pihaknya turut menahan dua penjaga rumah berkenaan yang dipercayai anggota sindiket.