Cubaan samun gagal, lima penjenayah ditembak mati

Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan dalam kejadian pada 4.40 petang tadi, empat penjenayah mati ditembak di tempat kejadian.