Cukai minuman bergula terima reaksi masyarakat

Pengenaan cukai terhadap minuman bergula yang bakal berkuatkuasa April tahun depan. Disambut orang ramai yang menyifatkan ia tepat bagi menangani dan mengurangkan kes-kes penyakit diabetes. Pada masanya, pengenaan cukai terhadap minuman bergula bakal membebankan pengusaha restoran berikutan kenaikan kos. Ikuti laporan Hilmi Malik yang melakukan tinjauan berhubung perlaksanaan itu.