Culik ahli perniagaan, ketua kongsi gelap dicekup

Ketua kumpulan ahli kongsi gelap geng 'Gee Tiong Seng' dan empat ahlinya dicekup polis dalam beberapa operasi berasingan di sekitar Johor dan Kuala Lumpur sejak 31 Januari lalu. Penahanan itu mempunyai kaitan dengan kes culik seorang ahli perniagaan di Gelang Patah Johor bulan lalu.