Tutup

Cuti 13,000 anggota bomba dibeku hadapi musim tengkujuh

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia membekukan cuti lebih 13 ribu pegawai dan anggota di seluruh negara bagi menghadapi musim tengkujuh yang bermula awal November lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Bomba, Datuk Soiman Jahid berkata, ia sebagai langkah awal bagi berdepan sebarang kemungkinan terutama ketika musim peralihan monsun.