Tutup

Cuti bersalin 90 hari bukan halangan untuk wanita laksana tugas

Inisiatif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 mampu membuatkan ramai wanita yang berbakat dapat kembali bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh dalam kerjayanya dan membantu majikan. Antaranya menurut personaliti televisyen, Syakirin Husnal inisiatif cuti bersalin 90 hari yang akan bermula 2021 bukan merupakan satu halangan bagi golongan wanita untuk melaksanakan tugas mereka.