Cuti Tahun Baru Cina beri ruang untuk bercuti

Cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina memberi peluang kepada masyarakat bukan berketurunan Tiong Hwa mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga. Tinjauan wartawan Astro AWANI di Jeti Kuala Kedah, pada ahad mendapati orang ramai terutama pelancong luar dari Kedah berpusu-pusu di jeti itu untuk ke Pulau Langkawi.