'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin

Cyberjaya bukan sebuah hab pembangunan hartanah malahan ia harus mencontohi model Silicon Valley di Amerika Syarikat sebagai hab internet dan teknologi di Malaysia. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil berat perkara ini danmenegaskan supaya pembangunan Cyberjaya kembali kepada matlamat asalnya iaitu dibangunkan untuk menjadi hab IT Malaysia.