Cyberjaya lubuk warga asing dari asia barat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengalih tumpuan ke kawasan neo Cyberjaya dalam usaha menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan. Operasi yang bermula pada pukul 9.30 malam tadi itu dijalankan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi memastikan temasya itu berjalan lancar.