Video  |  Malaysia

Cyberjaya sebagai Pusat Data Raya Asia.

Sempena ulang tahun ke 20 Cyberjaya, beberapa kerjasama dan inisiatif strategik diumum kerajaan bagi melonjak sektor ekonomi digital negara. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, salah satunya ialah kerjasama antara Cyberview Sdn Bhd dan Winhong Information Technology Co. LTD., sebuah syarikat teknologi dari China, melalui satu memorandum persefahaman bagi penubuhan Pusat Data Raya Asia di Cyberjaya.