Daim sahkan ECRL Terengganu kekal tiada perubahan

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mengesahkan jajaran projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Terengganu dikekalkan tanpa sebarang perubahan. Daim berkata, tiada sebab untuk rakyat merasa gusar kerana pelaksanaan projek terbabit diteruskan mengikut pelan asal merangkumi stesen penumpang dan kargo serta kedua-duanya.