Tutup

Daim yakin harga ECRL boleh dikurangkan lagi

Tun Daim Zainuddin yakin bahawa harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang telah dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion boleh diturunkan lagi. Tegas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu perkara itu serba mungkin sebaik sahaja pakar pembinaan rel di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd membincangkan butiran teknikal projek infrastruktur gergasi itu.