Dakwaan liwat: "Penderma dah seperti ahli keluarga'

Pemilik sebuah maahad tahfiz di Kuantan kecewa dengan nasib yang menimpa 21 pelajarnya yang didakwa didera secara seksual termasuk enam daripadanya dikatakan diliwat sejak Ogos lalu. Menurut lelaki berusia 38 tahun itu, dia tidak meyangka suspek sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan sedangkan selama ini dia aktif dalam memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di sini sejak tahun tiga tahun lalu.