Dakwaan Tan Sri Annuar Musa - Tok Pa

Kali ini ia membabitkan dakwaan Tan Sri Annuar Musa ke atas bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustafa Mohamad dan beberapa wakil badan perhubungan UMNO Kelantan dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia berkaitan dana yang diterima badan perhubungan UMNO Kelantan yang disyaki ada kaitan dengan 1MDB. Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TIM) Datuk Akhbar Satar, ada dua senario yang boleh dilihat berdasarkan kenyataan Tan Sri Annuar itu.