Dakwaan tiga kertas SPM bocor tidak benar

Berita tentang kebocoran kertas bahasa melayu, matematik dan bahasa cina bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 adalah tidak benar, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan hari ini. Menurut LP dalam satu kenyataan hari ini, sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula peperiksaan bagi kertas berkenaan.