Tutup

Dalang proses dadah warga Iran ditahan

Tiga lelaki warga Iran ditahan selepas disyaki menjadi dalang kegiatan memproses dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jalan Delima, di ibu negara petang semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan hasil maklumat daripada lima ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan sebelum serbuan itu dilakukan.