Tutup

DAP akan keluar kenyataan rasmi kedudukan Paul Yong

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, nasib Adun Tronoh, Paul Yong yang berdepan pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, hanya akan diketahui selepas DAP mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Katanya pemimpin kebangsaan parti itu sudah menyampaikan pandangan kepada pemimpin DAP Perak berhubung isu berkenaan.