Tutup

Dari isteri TPM ke isteri banduan, Wan Azizah sebak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini sebak tatkala mengimbau kisah lampau hidupnya. Berkongsi kisah menjadi isteri kepada Timbalan Perdana Menteri yang kemudian menjadi banduan, Dr Wan Azizah bersyukur kerana dikelilingi kelompok masyarakat yang penyayang dan bertimbang rasa.