Tutup

Dasar ejen baharu banteras penyeludupan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperkenalkan dasar baharu melibatkan ejen penghantaran untuk membendung pengikraran palsu dan mencegah penyeludupan barangan larangan atau berduti tinggi di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, dasar tersebut merupakan langkah drastik diambil berikutan banyak kes penyeludupan dan salah ikrar import serta eksport.