Tutup

Datuk didakwa liwat cucu saudara perempuan berusia lima tahun

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan meliwat cucu saudara perempuannya yang berusia lima tahun. Tertuduh yang berusia 72 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta di Bandar Hilir Melaka antara Julai dan awal Ogos lalu.