Datuk Izham Yusoff meninggal dunia di usia 50 tahun

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Datuk Izham Yusoff meninggal dunia pada usia 50 tahun hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai di ibu negara pada jam 8.04 pagi tadi.