Datuk Rohana Rozhan individu Asia pertama terima Anugerah Variety

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro dan Pengarah Eksekutif, Datuk Rohana Rozhan menjadi individu pertama dari Asia menerima Anugerah 'Variety Achievement In International TV'. Anugerah dari syarikat penerbitan terkemuka, Variety itu diberi sebagai pengiktirafan kepada kepimpinan dan pencapaian beliau dalam industri media dan hiburan global.