Video  | 

Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke Parlimen

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke Parlimen sebagai kerajaan hari ini selepas 20 tahun meninggalkan institusi penggubal undang-undang itu. Kemunculan semula beliau itu susulan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson di mana beliau menang dengan majoriti 23,560 undi Sabtu lalu. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.