Datuk Seri Mohamed Khaled akan berjumpa UMNO Perlis

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan negeri itu dalam tempoh terdekat. Katanya pertemuan itu penting susulan ketidakpuasan hati pemimpin tertentu di Perlis berhubung pelantikannya sebagai Pengerusi UMNO Negeri baharu.