Datuk Seri Tajuddin menjemput PBB ke Malaysia untuk 'disekolahkan'

Selepas melontarkan kritikan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemimpin veteran UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjemput PBB ke Malaysia untuk ?disekolahkan?. Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyifatkan PBB langsung tidak memahami budaya dan sejarah negara yang melindungi hak bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. ?Apa yang saya maksudkan, PBB mahu menyamaratakan Malaysia seperti negara lain di dunia dengan peraturan dan syarat yang ditetapkan tetapi organisasi itu tidak tahu kedudukan serta keadaan sebenar negara,? katanya ketika ditemui di lobi bangunan parlimen, pada Isnin.