DBKL benarkan anjur majlis 'kesyukuran' batal ICERD

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan penganjur perhimpunan ?kesyukuran? meraikan kejayaan menolak ratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum (ICERD) menggunakan Jalan Raja, pada Sabtu ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata perhimpunan itu hanya boleh dilakukan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 petang hingga 6 petang.