DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa kepada peniaga tepi jalan yang layak di sekitar ibu kota. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus atau take away sahaja.