Debat Undi18: Semangat kenegaraan mampu tingkatkan kematangan demokrasi negara

Semangat kenegaraan dalam kalangan belia memainkan peranan yang penting dalam memastikan peningkatan kematangan demokrasi negara. Setiausaha Sulit Menteri Belia dan Sukan, Amshar Aziz menekankan bahawa rakyat perlu mempunyai sifat sayang akan negara bagi memastikan negara ini menjadi negara demokrasi yang matang selaras dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama ini.