Denda doktor jalankan khidmat pergigian palsu dikekalkan

Mahkamah tinggi Melaka hari ini menolak rayuan hukuman penjara yang difailkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas seorang gadis yang menjalankan perkhidmatan pergigian tidak sah tahun lalu. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin bagaimanapun kekalkan hukuman denda RM70 ribu terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 21 tahun seperti diputuskan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, pada 29 September 2017.