Tutup

Video  | 

Dendam lama mungkin jadi punca ditembak

Susulan kejadian seorang peniaga emas yang nyaris maut terkena tembakan di Kampung Sering, Kota Bharu semalam, pihak polis mendapati motif serangan adalah dendam. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Superitendan Polis, ACP Azham Othman, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri kini masih di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, berada dalam keadaan stabil.