Denggi di Perak terus meningkat

Perak mencatatkan 4793 kes denggi antara Januari hingga September tahun ini. Ia menunjukan peningkatan sebanyak 1930 berbanidng tempoh sama tahun lalu. Sehubungan itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri sedia untuk melaksanakan program pembersihan kawasan hotspot secara proaktif.