Depoh simpanan kereta DBKL terbakar 150 kereta musnah

Kira-kira 150 kereta rosak atau musnah dalam kebakaran di depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Chan Sow Lin, ibu negara jam 2 pagi tadi. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhamad Hafidz Yaacob, berkata depoh berkenaan menempatkan kereta yang lupus.