Tutup

Desakan letak jawatan kerana tipu ijazah, Khalid serah kepada PM

Pandangan sama turut disuarakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. Katanya, hanya Perdana Menteri yang boleh membuat keputusan berkenaan memandangkan barisan Kabinet itu dipilih pemimpin itu sendiri. Pada masa sama, beliau mengakui ada individu yang tidak memalsukan ijazah, sebaliknya, ia disebabkan universiti terlibat tidak diberikan akreditasi pada ketika itu. Bagaimanapun katanya, sama ada memiliki ijazah atau sebaliknya, ia tetap bergantung kepada prestasi kerja.