Dewan Rakyat lulus usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah apabila mendapat persetujuan semua ahli Parlimen termasuk pembangkang. Usul dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada pagi Rabu dan kemudian digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong pada petang.